14 December 2012

Alergik

Assalamualaikum. Mesti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati pasal referee perlawanan bola sepak malam tadi kan? Hehe. Itu la aku pun turut merasakan benda yang sama jugak! Pagi tadi buka FB ramai benor yang mencarut-carut. Haissh. Tak baik tauuu. Tapi, tulah kalau referee tak adil, hancur 1 game tu. Main la baik dan disiplin macam mana sekali pun, memang keseluruhan game tu akan hancuss. Tapi, xpo la nak wat lagu mana lagi. Bukan rezeki Malaysia pun nak menang. Tak dinafikan Thailand tu memang kuat pun sebenarnya. Malaysia kena rajin training lagi kot. Selama nengok bola ni, aku notice sesuatu lah. SAFEE SALI! Aaaaa.. Kenapa dia dah x perform macam dulu? Sedihnya. Mungkin sebab kecederaan dia? Atau dia ada masalah lain? Bila tengok dia, macam ada sesuatu yang sedang membelenggu kehidupan dia. Wallahualam. Itu, aku tak pasti. Tapi, apa yang nak dikatakan di sini adalah baru sekarang aku nampak kehidupan yang diibaratkan seperti roda tu macam mana. Roda sentiasa berputar. Atas, bawah. Atas, bawah. Dulu, Safee Sali dibanggakan sebagai penyerang berbisa negara. Tapi, sekarang performance dia dah x sama macam dulu. Tapi, mungkin akan datang dia akan bangkit semula kan?

Okey, habis pasal bola. 

Ni ceq nak habaq mai. Keterukan alergik sedang menyerang aku! Aaaaaaaa.. Tak percaya? Mai-mai tengok:




Masa untuk berpantang kembali sudah bermula.

Ariyoss.

Love,
shakila

12 December 2012

Selalu Tak Dapat Feedback

Salam. Feedback pasai apa pulak nih? I'm little bit disappointed with someone. Saya kan jenis yang memang tak konfiden dengan diri sendiri, jadi selalulah minta pendapat-pendapat orang lain. Tapi, orang-orang tersebut bukanlah sembarangan orang. Orang yang berpengalaman mengenai apa yang ditanya. Malangnya, dan sedihnya benda yang tak penting mereka bagi feedback sungguh-sungguh. Tapi, benda yang penting bagi saya, senyap- sunyi. No answers. So, I guest maybe it is important to me, but not for them. Never mind. Tak boleh nak salahkan mereka ye tak? Hehe. So, tak perlu rasanya nak mengharapkan sangat orang bagi feedback apa yang kita tanya. Pelan-pelan cuba berfikiran positif pada diri sendiri dan juga orang lain. Pelan-pelan yakin dengan diri ye.

Ariyoss...

Love,
shakila

11 December 2012

Resipi 1: Roti Bersalut Tepung

Salam. Nak berkongsi sikit resipi yang muncul dan terpacul dengan tiba-tiba. Kebetulan time tu perut berdondang- sayang dan takde pape makanan untuk dikudap-kudap.  Hehe. So, tiba-tiba je rasa nak try buat roti bersalut tepung! Sonang aje. Maybe uollss dah pernah buat kot. Tapi resipi ni I tak copy dari mana-mana tau. Buat apa yang terlintas aje. Hehe. Bahan-bahan nye seperti berikut:

1. Roti 

2. Telur


3. Tepung Goreng Ayam


Haa. Kan udah diberitahu, senang je bahan-bahan dia. TIGA je! 
Cara nak membuatnya pula :

1. Potong kecil-kecil & comel-comel roti tadi. Boleh potong jadi 8 kepingan kecil ke. It's up to you kalau nak try!
2. Salutkan roti yang dah dipotong tadi dengan telur. Biasa saya guna 1 biji telur je untuk 2 keping roti.
3. Next, salutkan pula dengan tepung goreng ayam tadi. Kenapa saya guna tepung goreng ayam? Sebab ianya dah berperasa, ada pedas-pedas sikit, rasa dia okey la. Sedap!
4. Panaskan minyak. Goreng. 

~Selamat mencuba~

Love,
shakila

10 December 2012

IC baru!

Sudahkah anda semua menukar MyKad yang baru? Mesti gambar anda-anda semua nampak lebih berseri-seri sebab benda baru kan? Mesti la cantek-cantek belaka. Pagi tadi aku g amek MyKad baru yang dah siap! Ngee. Excited sebab MyKad yang sedia ada tu dah lama. Buat time form 3 (untuk kali ke-2) sebab dompet hilang dicuri dulu.  Dan lagi 1, jangan pergi buat last minit. Nanti konpem berpusu-pusu orang kat Jabatan Pendaftaran tu. Tukar la sekarang, takde la kelam kabut. Ececece. Promo pulaks kan. :D  

Berikut merupakan MyKad baru sayerr. Hehe. Jangan jeles tau!

MyKad lama. =)

Tadaaa! Dah tukar baru sikit. Ngee



Love,
shakila 

Jejaka Idaman

Hehehe. Jejaka idaman? Ade lagi ker? Helloo???....... Hmm, aku selalu la dengar kawan-kawan berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang mereka mahukan. Semua orang pasti ada. Paling common pun mesti ramai yang cakap mahukan lelaki beriman dan bertanggungjawab sebagai suami. Hoho. Ye tak? Aku tak pasti nak orang yang macam mana. Haha. Apa yang pasti, "lelaki yang baik" okey. Dan yang penting direstui. Hehe. :D  Sabar ye. Ada la perancangan nye nanti yang akan menyusul. Sekarang ni masing-masing fokus pada kerja dulu ye. Bak kata Dr. Muhaya "kena bina diri dulu".. Aaaa x gitu?

Wokey. Berbalik kembali kepada tajuk kita ye. Tadaaaaa! Di bawah ni antara ciri-ciri lelaki kesukaan aku! Yeaa!

  • Solat tak tinggal
  • Rajin p surau (Tanpa disuruh/ dipaksa)
  • Terus-terusan menyintai agama
  • Hormat orang tua (Bukan ibu bapa sendiri sahaja)
  • Bijak buat decision
  • Berjimat- cermat tanpa perlu menjadi kedekut
  • Tinggi dan kurus
  • Yang pasti bukan JAMBU! sawo matang okey lah. :D
  • Suka membantu orang lain
  • Tak mementingkan diri sendiri
  • Merendah diri
  • Bertangungjawab
  • Sporting
  • Pandai bersukan
  • Boleh mendidik dan menegur saya
  • Hensem (Ngeee..)
  • Suka bersabar
  • Dan lain-lain................. seperti berikut:



Hiasan semata-mata. Hehe. Yong Hwa! :)


Amboi! Banyak benor kan ciri-cirinya. Haha. Takdelah. Saja je gedik tulis senarai macam gitu. Agak macam mustahil lah nak dapat 100% seperti apa yang kita inginkan. Tengok balik pada diri, ada x ciri-ciri yang disenaraikan tu pada diri sendiri. Tak perlu rasanye nak kan yang terlalu menghampiri perfect. SUSAH! Sedangkan manusia itu memang tidak sempurna. Ada kekurangan dan kelebihan. Kita sendiri pun memang ada kekhilafan masing- masing. Usaha, doa dan tawakal lah. Moga Allah temukan kita dengan jodoh yang telah Allah tetapkan sebelum kita dilahirkan ke dunia ni lagi. Doa moga itulah jodoh yang terbaik. Minta Allah berikan apa yang terbaik untuk kita. In Shaa Allah. Mudah- mudahan segalanya dipermudahkan. Aameen.

Love,
shakila



09 December 2012

Support Malaysia!

Assalamulaikum! Hai geng. Jom sokong Harimau Malaya!! Aaaumm! Semoga Malaysia beroleh kemenangan malam ni! Gambate skuad Malaysia! Go Malaysia Go!


Love,
shakila


07 December 2012