Don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness..
09 October 2014
Belum lagi...
Assalamualaikum..
Hmm… Sebenarnya, semester ni ramai kawan-kawan yang tegur “kenapa Kila nampak berseri-seri?”.. Nak kahwin dah ke? Saya nak jawab YA pun belum.. Nak jawab TAK, benda tu masih lagi dalam perancangan.
Jawapan yang sebetulnya ialah BELUM lagi.. InshaAllah.. Doakan yang terbaik untuk saya. Heee…
YA ada benarnya apa yang ditegur oleh kawan-kawan. Mereka selalu kata air muka saya sekarang nampak lebih gembira, ceria dan bahagia. Alhamdulillah.. Tiada kata lain yang dapat menggambarkan perasaan ni sebenarnya…Saya juga turut merasai perubahan tersebut.. Lebih positif, dan lebih bersemangat...
Saya akui, sebelum-sebelum ni saya selalu muram, kusam, muram, murung, sedih dan sama waktu dengannya.. Which is, saya sendiri akui hidup dalam keadaan itu amatlah tidak membahagiakan.
So far, Alhamdulillah… Saya lebih confident dengan diri sendiri.. Mungkin dengan kehadiran “beliau” dalam hidup saya banyak mengubah siapa saya yang sekarang.. “Beliau” banyak membuka mata dan memberi celik akal kepada saya mengenai kehidupan yang sementara di dunia ini.
Sebenarnya……. Allah itu sentiasa mendengar permintaan hamba-hambaNya.. Bukan sekadar mendengar, tapi Allah jua memakbulkan.. CEPAT atau LAMBAT sahaja..
08 October 2014
Hai... I'm back!
Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya aku tak update blog ni. Sebelum ni aku private
kan beberapa bulan.. tiba-tiba rasa rindu pula. Dulu kalau ada apa-apa nak
share mesti menulis dalam blog ni.
Memang lebih suka meluah dengan menulis kot.
Hm..
Apa dah jadi pada aku sekarang? . Syukur Alhamdulillah.. aku
dah boleh move on. Sebelum ni asyik nak sedih-sedih je. Sekarang rasa macam tak
perlu pun rasa down2 camtu..
Sekarang dah semester ke-3. Tinggal 1 sem je lagi nak
habiskan master ni. Hopefully dapat buat yang terbaik. Sebab aku nak kahwin! Kuang3.
inshaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)