30 May 2013

Aku Keliru..

Assalamualaikum..


Aku confused jugaklah sama ada nak beli kereta atau pun tidak.
Hati, berat kepada rasa nak tangguh dulu.
Sebab kalau Allah izin, aku nak pergi UKM sambung belajar bulan September nanti.
Tapi.. Sementara menunggu nak ke bulan itu, aku nak ulang-alik kerja macam agak susah jugak.
Sebab.. Kerja aku banyak kena pergi buat program di luar.
Jadi.. Aku pun tak tahu dan tak pasti lagi.
Kalau ikut pendapat mak, "beli"..
Tapi, takut-takut nanti pergi belajar tak mampu pula nak bayar bulan-bulan.
Oh, aku tak tahuu..


Semoga Allah beri rezeki.
Aku dari dulu nak sambung belajar ke UKM tu.
Moga Allah, berkati niat-niat yang itu.
Aku harap, ada yang terbaik di sebalik kesukaran yang sekarang ini.


Aku, nak kumpul duit gaji.
Moga Allah iringi niat yang ini dengan keizinanNya.
Harap-harap aku tak diterminate sebelum waktunya.
Supaya aku dapat kumpul duit untuk bayar yuran semester 1.
Aamiin.


05 May 2013

Pertama Kali Mengundi!!


Assalamualaikum...


Weeee.. Hari ni, first time aku pergi mengundi.. Hahahaha.. Well, takde feeling mana sangat lah.. Biasa-biasa je.. Malas nak beriya-riya.. Apa yang penting, "time mengundi", itu saja.. Hihiihih..



Jari yang dicalit! Ahah.


Provok la macam mana sekalipun, caci-maki la apa sekalipun, hujah la apa sahaja, kemukakan la apa saje bukti pun... Undi tetap aku yang decide, nak undi siapa! Hehehehehhe...


Aku undi siapa? Haha.. Ade lahhh.. Undi kan rahsia..



03 May 2013

Si Penipu, Nanti terbelit Lidahmu

Assalamualaikum..


Lama tak update. Why? Because I'm lazy. Dan, aku kurangnya mood untuk mengupdate entri-entri yang terkini. Dek kerana ketiadaan mood tersebut, maka tiadalah cerita-cerita yang terpapar dimuka blog ini.


Today.. Apa yang pernah aku mimpi, betul-betul berlaku. Tapi, tak boleh di share di sini. Ada certain benda yang boleh di share, tapi ada yang tak boleh.


Hmm.


Puas aku bertanya mencari jawapan pada diri, "kenapa ada juga manusia suka menipu untuk meraih apa yang nak dicapainya?"..


Sehinggakan mahu menjebakkan aku sekali. Tidaaakkkkkkk! Aku mohon semoga Allah lindungi aku dari menjadi seorang penipu dan seorang yang suka berkata dusta. Aamiin.. Tolong bantu, doakan saya.. :)


Hari ni kerja memang best! Yesss. Dimarahi kerana berkata benar. Dikatakan selfish bila berkata benar! Hahahaha. Tak kesahlahhh.. Buat apa nak jaga hati "si penipu", sedangkan "yang ditipu" selalu diperkotak-katikkan oleh "si penipu".


Salah kot berkata benar??? Huhu.. Whatever.. I believe dengan buat baik dibalas baik.. Alhamdulillah, Allah bagi kawan-kawan kerja yang baik-baik semua... :)