Memang.
Sekarang memang susah nak cari lelaki yang betul-betul baik.
Lelaki yang betul-betul jujur.
Lelaki yang akan jaga maruah seorang wanita.
Ada memang ada yang baik.
Tapi, zaman sekarang ni memang kena berhati-hati.
Sedangkan yang berpewatakan macam ustaz pun memperdayakan.
Di bawah ni antara realiti yang berlaku.
Saya pun dah tengok facebook bekas isteri die.
T kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok di FB.
Sekarang duk kecoh pasal 'ustaz' ni.
Kesian pada akak-akak yang baik-baik tu.
*hmph*
Cuma, bila baca komen-komen di FB bekas isteri die tu, tertarik dengan seorang pengomen ni yang menyatakan teguran die;
"tak baik anda semua mengaibkan orang sungguhpun dia melakukan kesalahan"
Saya setuju, memang tak baik mengaibkan orang.
Tapi, saya faham yang tindakan x-isteri dia tu sebenarnya nak menyelamatkan wanita-wanita lain di luar sana yang mungkin akan ditipu.
Akak tu jenis yang beragama, siap pakai purdah.
Lagipun dia x cerita detail dekat gambar 'ustaz' tu apa yang 'ustaz' tu dah buat.
Cuma, sape-sape yang nak tahu cerita sebenar kena inbox dia.
Ada beza nak menyelamatkan dan mengaibkan orang.
Contoh:
1. Terbukti Amad menipu orang kampung dengan menjual barang-barang rompakan, menipu duit orang kampung, pecah masuk rumah dan melakukan pelbagai jenayah. Jadi, tak salah rasanya kita sebarkan bagi keselamatan orang ramai. Supaya orang ramai berhati-hati. Cuma, kita kena cakap yang benar lah. Takde tokok tambah cerita seperti "Amat buat zina"... Sedangkan kita tak tahu dia berzina atau x. Tapi, bila dia dah kembali insaf, janganlah pulak kite duk p mengata-ngata cerita hak lama.
2. Amid suka korek hidung, dan suka kesat tahi hidung dia pada baju dan kerusi.
Hak ni tak payah la nak p heboh ke orang ramai. Malu la dia. Ye dak?
=)
"Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga"