15 November 2012

Hospitalized

Bilik rawatan emergency


Wad ke-3: Tempat masuk air dengan amek darah. Sakit! Hehe.

Dah senyum-senyum sikit, tapi malam tu sakit datang balik


Keluarga datang melawat

Wad ke-2: Muka saya pucat

Anak-anak sedare yang xdapat naik tengok makteh

Mak jadi nurse. Huhu. Time ni baru lepas pindah wad dari bilik rawatan emergency. Dah x berdaya nak duduk.

Ni kena amek darah lagi.

Masuk air
Ni waktu pukul 3pagi: Amek darah lagi untuk kali yang ke-5. Dekat subuh Dr. India pulak datang. Amek darah lagi..

13 November 2012

Durian.....

Waaaa..
Nak makan duriannn..
Cekodok duriannn...
=(


Nampak x gambar tu?? Sedapnyerr... Huaaaaaaaaaaaa!!

12 November 2012

Kawan

AFNAR..

Heh? Korang adoo? Ni antara nama-nama pelik yang saya pernah jumpa dalam hidup ni. Dulu, mula-mula nampak nama ni dalam name list budak-budak kelas SHY, terbelit- belit jugak lidah ni nak menyebut. Huish. Payoh bebenor. Hak3. Budaknya comel je. Dalam hati dulu-dulu selalu tertanya- tanya. “Budak ni keturunan Jepun ke apa? Ke nenek moyang dia Cina?”.. Haha.  Kenapa saya tertanya- tanya sebegitu adalah disebabkan mata dia yang teettt* itu. Ish. Ini kalau cakap macam ni kat depan- depan dia, mau mengamuk dia. Hoho. Sensitif kan mek? Yela, paham-paham. Hehe.

Dia selalu kata dia ni garang dan hati kering. Tapi, saya tak rasa dia macam tu pun. Sepanjang saya kenal dia, apa yang saya nampak dan rasa ialah dia ni lemah-lembut orangnya. Cakap pun berhalus, tertib je. Suka dengar kalau dia kemukakan pape pandangan dan pendapat. Huuih. Berhemah sungguh bahasa dia. Tapi, kalau dengan budak-budak lelaki dia memang ala-ala brutal jugak lah. Hehe. Hilang sikit lembut dia tu. 

Dan apa yang bagusnya ialah dia ni contoh kepada saya untuk menjadi orang yang lebih rasional. Sebab apa-apa pun berlaku, misalannya berhadapan dengan konflik, ada masalah, stress, tertekan ke.. Dia mesti sempat untuk merasionalkan balik fikiran dia. Uuih. Susah tau dalam kita tertekan nak turn to rational thinking. Oooo~ 

Erm.. Dulu time belajar, selalu la jugak kami share problem sama-sama. Sama ada problem dengan orang ataupun problem pasal belajar. Terutamanya PSM. Yela, kami ni dibawah seliaan supervisor yang sama. Apa-apa masalah, mesti cari dia. Kadang-kadang teringat time kami berdua berkampung di bilik saya, menyiapkan proposal PSM dan PSM penuh. Fuuh. Letih tu hanya Allah yang tahu la. Dia la yang banyak tolong. Tolong semak ejaan, susunan page dan macam-macam lagi. Akhirnya, Alhamdulillah, Allah bantu kami. Dapatlah kami menyiapkan PSM dengan jayanya. 

Antara perkara lain yang saya rasa dia ni memang kawan yang baik ialah dia tak pernah memburuk-burukkan orang yang berkonflik dengan dia. Memang susah la nak dengar dia mengata orang. Biasanya dia akan share ‘the problem’ dan bukannya ‘the person’.. Kadang-kadang saya pulak yang konfius.. “Eh, dia ni berkonflik ke x?....” Huhu.. Tapi, saya respect dia la sebab apa-apa pun yang berlaku dia akan rujuk balik pada mak ayah dia. Saya pun tak buat macam tu. Apa-apa pun pandai-pandai sendiri. Tapi sejak rapat dengan dia la saya mula share-share cerita dengan mak. Apa pun tanya pendapat mak. Hee.

Ada satu masa tu dia pernah tak puas hati sebab mak ayah dia tak bagi kalau dia nak pergi jalan-jalan rumah kawan-kawan yang jauh-jauh sikit. Stress betul dia time tu. Tapi, apa-apa pun saya tau yang mak ayah dia berbuat begitu tujuannya tak lain tak bukan adalah nak protect dia. Dan akhirnya, dia tetap akur dengan mak ayah dia. “Good Girl”.

Dulu.. Dia pernah jadi roomate saya sekejap. Eh? Saya kan takde roomate? Hehe. Time tu dia ada la konflik sikit dengan roomate dia. Punca sebenar konflik, saya tak tahu. Sebab dia pun duduk dalam bilik saya takdela bercerita sangat. Apatah lagi nak mengata orang lain. Tapi, itu cerita dulu la. Sekarang ni diorang dah ok. Alhamdulillah.. Cuma waktu tu saya dah risau sebab saya ni tak pandai nak melayan orang. Takut dia x selesa. Tapi, dia okay je. Kadang-kadang dia bawak gitar.. Terer tau budak ni main gitar.. Kadang-kadang saya nak tido pun dia main jugak. Aaaaaa! 

Hehe. Baru-baru ni saya sakit, selain Sai, dialah yang banyak risau. Lepas mesej, mesej, mesej. Tapi, handphone saya rosak dan di offkan. Tiba-tiba je ada orang call no. mak saya. Bila dah heloo2, dia rupenya. Susah-susah je cari no. mak saya semata-mata nak tahu khabar berita kesihatan saya. Touching tau x time tu. Huhu. Touching, touching. Sehinggalah sekarang. Rajin dia bertanya khabar. Terima kasih, kawan. Semoga kamu berbahagia selalu.. =)


Affie Nadia Ab Rahman

11 November 2012

Bila Kita Berbicara Soal Hati

 Bismillah....

Erm di sini saya nak kongsikan salah satu artikel saya yang dipublishkan di laman web I Luv Islam pada 13/12/2011 dulu. Ni linknya: Bila Kita Berbicara Soal Hati Masa tu saya saja je try-try menulis apa yang tersirat dalam hati ni yang dah lama nak diluahkan. Yelah, masa tu tahun 2011, saya selalu bergelodak dengan diri sendiri. Banyak perkara yang dipersoalkan pada diri sendiri. Diri yang tercari- cari. Lagipun masa tu banyak konflik yang berlaku. Terutama konflik dengan diri sendiri. Jadi, saya pun mulalah belajar menulis sikit-sikit. Alhamdulillah, pihak I Luv Islam sudi publishkan saya punya penulisan. Tapi, penulisan saya taklah sebagus mana. Cukup lah sekadar ia mampu memberikan manfaat kepada orang yang membacanya. Walaupun saya ni takdelah sebaik mana, tapi saya cuba jugaklah untuk menyampaikan kebaikan. Harap-harap, ianya mendapat keredhaan Allah SWT. Jadi, di bawah ni adalah artikel yang ditulis lah. Moga bermanfaat. =)


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. 

Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu. Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. 

Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada.. Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.

Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.

 Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.

10 November 2012

Coret- coret

Assalamualaikum.

Hari ni saya bosan sikit. Facebook pun dah kurang menarik. Jadi, bosan la sikit. Sekarang, tak fikir pasal kerja lagi sebab badan masih lemah-lemah. Biarlah diri ini sihat sepenuhnya dulu. Kerja tu ada, tapi kena rajin cari. Hmm. Lately, hidup saya bz dengan ubat, hospital, sakit, jarum dan lain-lain. Dan, saya ni kalau bab makan ubat memang mengelat! Lambat je ubat-ubat tu habis. Tapi, saya akan pastikan saya akan makan walaupun lambat dan lari dari masa yang ditetapkan.

Ok. Enough la. Bosan pulak asyik cakap pasal sakit dan ubat. InsyaAllah. AKU AKAN SEMBUH! Saya sekarang ni, susah sikit nak reply mesej-mesej yang dihantar oleh sesiapa saja. Sebab apa? Saya malas nak menaip mesej. Lagipun, saya pening nak menjawab soalan yang bertubi-tubi. Mesti berkerut-kerut dahi. Kalau ada pape call je. Lebih senang. InsyaAllah saya akan angkat.

Ok. Habis pasal reply mesej. Sekarang, nak bercerita pula pasal keadaan fizikal kesan daripada sakit baru-baru ni. Eh, cerita pasal sakit lagi??? Bosan. Bosan. Huhu. Ok. Badan saya dah susut. Itu je nak bagitau. Kalau sebelum ni, amboi makin hari makin berisi. Tapi, sekarang dah susut pulak. Suka tu memang la suka. Sebab dah kurus sikit. Hehe. Badan jadi susut mungkin sebab takde selera makan. Kalau ada selera sekalipun, kuantiti apa yang dimakan tu dah x macam dulu. Dulu makan nasi mesti penuh 1 pinggan, siap bertambah lagi. Sekarang makan nasi, x sampai sesenduk pun. Kalau makan lebih dari tu, saya akan letih. Letih sangat- sangat. Kemudian, mesti rasa loya rasa nak muntah. Tapi, saya tahankan aje. Walaupun saya cuba makan kerap kali, tapi perut saya mesti berkeroncong jugak sebab kuantiti makanan yang dimakan sangat sedikit. 

Sekarang ni saya menggilai buah-buahan pulak. Terutamanya, mangga. Yummy! Sedapnya. Tapi, still sikit jugak makannya. Bila takde selera nak makan, saya makan buah je la. Sebagai pengganti tenaga. Baru-baru ni saya teringin sangat nak makan durian. Saya nak sangat makan cekodok durian. Tapi, x dapat lagi. Sebab pokok durian kat depan rumah ni dah nak mati. Jadi, buah-buah dia tak sempat nak masak betul-betul. Huu. Sedih. Tapi, takpe. Nanti nak p cari buah durian. Nak makan.

Eh, ape lah yang aku merepek ni? Apa-apa aje la. Korang tengok tak ASK 14 baru-baru ni? Bosan sikit kan? Dah macam tengok teater pulak. Tapi, ada satu benda yang menarik perhatian. Pierre Andre! Wow. Subhanallah, Alhamdulillah! Terkejut saya mendengar ucapan dia atas stage tu. Tabik springgggg kat dia. "Anugerah yang paling berharga yang diberikan kepada kita adalah kalimah LAILAHAILLALLAH" See? Besarnya kuasa Allah. Allah jualah yang membolak-balikkan hati manusia mengikut siapa yang dikehendakiNya.

09 November 2012

Kumohon takde pape

Hye! Hari ni menguatkan diri cuba-cuba mengemas rumah. (Konon). Hoho. Berjaya jugak! Tapi, masalahnya, sesudah je mengemas dan menyapu sampah, terkulai aku atas toto. Huuaa. Habis tenaga. Berpeluh-peluh sejuk! Last-last terbaring balik semula. Sedih tau, bila badan ni dah x sekuat dulu. Lama betul tempoh recover ni. Tapi, xpe. Sebab sihat la dari dulu. =)

Ooh. Semalam ada date dengan Dr kat HOSHAS. Mula-mula datang, diorang ada problem untuk daftarkan nama aku. Jadi, temujanji pukul 8.30 am tertunda sampai 9.30 am. Date tu sebenarnya untuk buat brain CT scan. Nak scan otak ni. Huhu. Tapi, sebelum start scan, hmph, macam biase la. Kena cucuk2 dulu! Sakit tau. =(  Nurse tu cucuk untuk masukkan ubat. Dah masuk ubat baru la pegi scan. Masuk bilik scan tu, aku dah menggigil-gigil. Bukan sebab takut, tapi aircond dia banyak betul. Sejuk! So, aku pun jakun la sekejap masuk dalam terowong tu. Haha. Mula-mula tak rasa pape benda alah tu scan. Tapi, masuk je second round scan.... Hah! kena cucuk masuk ubat lagi. Aku pulak dah mula rasa mual-mual dan loya-loya. Dan paling teruk, aku rasa aku terkencing dalam seluar! haha. (Tapi, g tengok kat tandas X pun)... Memang rasa dia pelik time 2nd round tu. Kalau scan, mmg la radiasi kuat. Lagi-lagi scan kt kepala.

Dah selesai brain CT scan, dah boleh balik sebab resultnya keluar lagi 2 minggu. Takpe la, sabar je la menunggu. Aku tersangat-sangat berharap agar resultnya menggembirakan. Harap sangat nanti Dr kata "Alhamdulillah, kami dapati otak awak takde pape.. 100% normal.." 

Semoga Allah makbulkan doa aku sekeluarga. Aamin.
Sekali lagi TQ kawan-kawan, selalu tanya khabar dan mendoakan kesihatan aku.

07 November 2012

Terima kasih, Tuhan...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Tak terkata rasanya nikmat hidup yang Allah beri.
Nikmat disembuhkan daripada penyakit.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kalau diikutkan dosa-dosa aku, memang layak aku sakit terlantar tak sembuh-sembuh.
Tapi, Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
Subhanallah!
Selama berbelas-belas hari aku sakit.
Tak tertanggung rasanya.
Keluargalah yang banyak memberikan semangat tika aku tak berdaya.
Merata mereka bawak aku pergi berubat.
Dari ke klinik, pergi pula ke hospital, kemudian ustaz-ustaz, hospital balik, klinik lagi dan akhirnya berubat kampung.
Dan Alhamdulillah, usaha membuahkan hasilnya.
Pelan-pelan aku beransur sembuh.
Walaupun hospital tak dapat detect lagi aku sakit apa.
Esok 8hb Nov, kena pergi hospital lagi.
Ada temujanji dengan pakar untuk scan otak ni.
Semoga result nanti takde pape penyakit.
Huu.
Aku dah xnak sakit sebegitu.
Tak terdaya nak melawan.
Mak sampai menangis tak tahan tengok keadaan anak dia ni.
Akak aku pun menangis.
Bila melihatkan diorang macam tu, aku pun menangis sekali.
Keadaan sayu sangat.
Dengan tangan dan badan aku yang kejang, tak boleh duduk, apa lagi nak bangun berdiri.
Bila cuba bangun nak ke bilik air je, pasti sakit tu datang menyerang sehinggakan aku terduduk tak mampu nak berdiri.
Sekarang, walaupun dah beransur-ansur pulih, badan aku masih lagi lemah.
Kadang-kadang terketar-ketar lagi.
Cuma, aku amat amat bersyukur sekurang-kurangnya sakit tu dah berkurang.
Di saat sakit yang teruk datang, aku takut aku akan mati waktu tu jugak.
=(
Sekarang, banyaknya ubat yang aku perlu makan.
Kadang-kadang, tertekan juga rasenya.
Tapi apa boleh buat.

Terima kasih pada kawan-kawan yang rajin bertanya khabar dan ambil berat.
Aku pun x menjangka sama sekali akan sakit macam ni.
In Shaa Allah, aku akan sembuh.
Cuma aku kena kuat.

Walau apa pun, Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan.
Semoga Allah sembuhkan aku sepenuhnya.
Aamiin..