23 September 2013

#rajinpemalasberanganitujetahu


Assalamualaikum.

Baru lepas google-google. Kononnya nak cari bahan untuk kelas esok, tapi nak cari benda lain, benda lain pulak dijumpai. Hehe. Biasalah tu. Last-last, dapat cari sejemput je apa yang nak dicari. Tapi, hokeyyy la dari takdek.

Semalam Allah bagi kesempatan dan rezeki pergi kuliah agama. Kuliah Dr. Maza. Wow! I'm totally amazed! Bukan rasa terpegun dengan beliau as "lelaki", tapi terpegun dengan pengaruh dan ketokohan beliau. Sangat berbeza dari yang lain. Bukan itu sahaja, ramai kot orang yang datang. Penuh satu dewan.

Semoga next time boleh pergi lagi. Banyak benda boleh belajar. Rasa rendah diri sebab banyak benda tak tahu. Haha. Aku pun tak tahu lah kenapa hati ni macam kena tarik nak berubah. Tapi, aku malas nak layan sangat, sebab biasalah aku ni. Selalu "hangat-hangat tahi ayam je". Aku just follow the flow je la dulu. Orang ajak, aku pergi. Malas nak beria-ria. Biar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak gitu?

Tapi, aku sekarang malas nak guna konsep "berubah". Bila aku guna konsep tu, buat aku rasa berat dan malas. Aku pun jadi menyampah. Jadi, aku guna konsep "belajar". That's better, aku rasa.

Makanya, tak yah la beria-ria lagi. Slow- slow tambah-tambah apa yang takde.

Aiiiih. Melalut mengada-ngada pulak dekat sini. Aku nak cakap benda lain, benda lain pulak aku tulis. Gitulah sokmo.

Aku ni pemalas pulak sejak 2, 3 menjak ni. Aacanerr kerja nak siap? Huhu. Berangan je reti. Hihi. Mestilah, berangan nak kahwin. Haha. *Gatal*. Aku berangan je.




Tapi, orang kata takbaik sangat kalau asyik berangan je. Lebih baik berdoa kot. Jadi, kena rajin berdoa la ye. Semoga urusan nak kahwin tu dipermudahkan Allah dalam kemuliaan. Amiin. Jadi jangan sape-sape nak kata aku GATAL. Haha. Sebab, aku tak gatal ye. Aku takde kurap. Aku ada alergik je.


Makanya, sebelum mengada-ngada nak bernikah, aku kena belajar betul-betul supaya nanti dapat praktik ilmu ke alam nyata. Jadi kalau gitu, kena la habiskan study dan sungguh-sungguh belajar yerk. Nanti boleh grad sekali lagi. Yeah! Mudah-mudahan Allah izinkan.




No comments:

Post a Comment