23 January 2013

Revealed!

Assalamualaikum..

Okey.. Ambik masa sikit yang ada ni untuk update.. Of course hot news pasai Mat Payih lagi.. Jap lagi lepas Asar nak p hospital lagi.. Oooo.. Banyak nye "lagi".. Hahah.

Semalam update gambar-gambar Mat Payih.. Tapi, macam biasa je kan?? Kan?? Kan?? Okey, tadi pagi Doktor bukak dah balutan Mat Payih.. Dan! Yang paling best, Mat Payih suh amek gambar tangan dia.. Mata aku pun O_O... Bulat macam tak percaya.. "Pucuk dicita ulam mendatang".. Setiap kali doktor bukak balutan dia, aku dah bersiap sedia dengan handset, "camera".. Hehehe.. Selalu takde peluang dan tak dapat kebenaran Mat Payih.. Apa pun, respect giler la sebab Mat Payih kuat! Alhamdulillah...

Baiklah.. Aku nak share gambar yang aku amek pagi tadi.. Siapa yang tak kuat semangat JANGAN TENGOK!! Dah bagi amaran kan???!!!. Nak tengok jugak? Kuatkan semangat yerr... Dan, doakan Muhammad Faris... Tenkiu... =)





Tujuan gambar ini diupload adalah untuk memberi peringatan sekiranya adik-adik, atau anak-anak mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan segera bawa mereka untuk dapatkan rawatan. Macam Mat Payih, terrrrlambatt sikit.. Huu.. Jadi, kalau lambat terukk sikit la perubatannya.. Terpaksa lalui "kesakitan" dulu baru "kesembuhan" di akhirnya..

22 January 2013

Menabur Fitnah

Second update untuk hari ini.

"Menabur Fitnah".. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DAN LAIN-LAIN.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Aku jadi hairan kenapa ada orang yang sanggup menabur fitnah dan menghebah- hebahkan cerita yang tak ada kebenaran mengenai individu lain.. Kalau tak suka, kata saja tak suka. Kalau dengki, kata saja dengki. Tak perlu rasanya buat-buat cerita. Keluarga aku pernah kena suatu ketika dulu bilamana ada seorang manusia ini yang membawa cerita kononnya kakak aku berkahwin sebab dah mengandung. Kesan daripada cerita tu, mak aku marah giler-giler pada kakak aku. Akhirnya, terbukti kakak aku suci daripada fitnah tu. Setahun lepas berkahwin, baru kakak aku melahirkan anak sulung dia. Bilamana Allah nak tunjuk kekuasaanNya, anak saudara si penabur fitnah tu yang sebenarnya mengandung anak luar nikah. Semoga kita semua jadikannya iktibar dan pengajaran. Kesannya, kami jadi tak percaya pada makcik tu lagi sampai sekarang. Titik noktah. =(

Mat Payih Lagi

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Rasa macam dah lama tak update, walaupun baru 5 hari. Hehe. Rindu pada blog ini.. Sorii. Sorii. Mungkin sebab sebelum ni hari-hari aku update, tu pasal walaupun 5 hari terasa lama..

Aku menghilang ke mana selama 5 hari tu? Ooh.. Aku bz ulang- alik ke hospital.. Jaga dan menjenguk Mat Payih kesayangan tu la.. Hehe.. Alhamdulillah, secara emosinya dia dah makin baik.. Dah mula nak bergurau senda.. Tapi, tangan dia baru ada sedikit improvement lah kata doktor.. Lambat sikit baiknya, tapi In Shaa Allah akan tumbuh balik kulit dan daging yang dipotong masa operation dulu.. Dulu, emosi dia tak stabil.. Setiap kali dia tengok tangan dia, dia akan tanya "abah... macam ni ke tangan saya?..."... Kemudian, dia akan menangis, meraung-raung..

3 hari yang lepas, that was the first time aku beranikan diri untuk tengok sendiri lengan dia lepas doktor bukak balutan.. Sebelum bukak tu, bukan main hepy lagi Mat Payih.. Siap ajak aku lawan main game lagi.. Tupp, tupp.. Doktor datang nak tengok tangan.. Masa doktor bukak tu, dia dah start mengalir air mata.. Tak lama lepas tu, menangis.. Mungkin terasa ngiluu sebab aircond sangat sejuk time tu.. Cuba korang bayangkan tangan korang di hiris, nampak daging merah-merah tu.. Lepas tu terdedah pada suhu aircond yang sejuk.. Uuuu.. Ngilu tak? Hehe.. Agak susah la nak tenangkan dia, kebetulan time tu aku yang jaga. Bila kita suruh dia bersabar, nak tahu apa jawapannya?? "BUKAN MAKTEH YANG SAKIT..SAYA YANG RASA SAKIT..".. Oh, okey.. Dalam hati pun mengiyakan sebenarnya.. Memang kita boleh cakap macam-macam untuk bantu tenangkan dia, tapi sakit tu dia yang rasa kan?.. Hmm.. Kesian jugak..

Aku tak dapat nak amek gambar tangan dia, sebab dia marah sudahh.. huu.. Entah macam mana la aku boleh berani tengok.. Semua orang yang datang tengok time tu menunjukkan ekspresi muka ngeri sambil ketap bibir dan menampakkan kerut-kerut di dahi.. Ayat yang biasa keluar dari mulut pelawat "Ya Allah..." Mungkin sebab kita rasa seram kan.. Tapi, In Shaa Allah akan sembuh jua.. Agak lama jugak Mat Payih meraung suruh doktor balut semula tangan dia.. Dia tak sanggup nak tengok dah.. Tapi, time tu doktor pulak lambat balut sebab nak tunggu doktor pakar masukkan tiub pada tangan dia tu untuk sedut air bisa dan darah-darah kotor..

Okeylah.. Kat bawah ni adalah beberapa gambar kat hospital untuk tatapan anda.


Kuning tu span yg doktor guna untuk serap darah dgn air



Nampak span kuning dgn biru dlm lengan? Kalau angkat span tu, akan nampak daging mat payih. =(






17 January 2013

Mery

Salam.

Hai semua.. Kat sebelah ni kakak aku yer.. Single-mingle lagi tu.. Hehe.. Muka kami tak sama kan? Aku anak angkat? Haissshh.. Bukanlah! Memang wajah kami jauh beza, malah takde iras-iras pun.. Mungkin sebab aku ikut muka ayah, dan akak banyak amek muka mak agaknya.. Mungkinlah.. Aku pun tak tahu.. Dah Allah jadikan kami lain, lainlah kan.. Heee.. 

Okey.. Kenapa tiba-tiba update entry pasai dia pulak nih? Hihi.. Sebab tadi petang dia baru balik ke KL.. Jadi, I xdek kawan kat rumah ni nak berjimba-jimba.. Hahah! Sunyi sepi sikit suasana.. Ooh, tiap kali dia mau pulang ke KL, dalam hati ni agak touching la jugak yang sebenaunya.. Haha.. Saja pura-pura cool macam takde pape kan..

Lately, akak aku ni macam sensitif sikit bila orang asik tanya dia pasal kawin.. Mungkin sebab kawan-kawan sekeliling dia dah ramai yang mendirikan rumah tangga, tinggal dia sorang je. Ye. Ye. Aku terrsangattt lah paham perasaannya itu.. Walaupun kadang-kadang aku pun turut sama buat-buat tak paham.. Haha.. Dia selalu layannn je bila orang tanya dia macam-macam pasal kahwin.. Tapi, kalau korang nak tahu.. Dia sebenarnya cuba bersabar dengan pertanyaan anda semua.. Kalau nak diikutkan rasa geraammm, mau tertekan dia rasanya.. Haih, manusia di sekeliling macam tak tahu je yang jodoh tu kan Allah SWT dah tetapkan dan dah aturkan bila masa, tarikh, dan hari dia akan berkahwin.. Bising je.. Hahah! 

Jadi, sila lah berhenti menanyakan soalan-soalan berkenaan hal tersebut ye.. Kami tahu dan faham anda di luar sana mengambil berat..
Terima kasih..

Lalutan hari ini

Assalamulaikum.

Hoho. Aku macam tak tahu je nak update ape kan. Tapi, hati tetap rasa nak mengupdate. Hihi. Hmmmm.. Update pasal Mat Faris lah. Masuk hari ni, dah 6 hari dia kat hospital. Rasa macam lama lagi dia kat sana sebab luka belahan pada tangan dia x jahit-jahit lagi. Belahan atas dan bawah. Kenapa x jahit lagi? Kata doktor, nak bantu kurangkan bengkak. Dan Alhamdulillah, dah makin surut bengkaknya. Cuma, rasa kesian la dekat dia sebab hari-hari kena cuci luka tu. Jawabnya, meraung lagi la dia.. "Doktor jahat! Doktor jahat!.." Ada sorang makcik tu tengok Mat Faris kena cuci lengan dia, amek kau! Termuntah-muntah makcik tu. Huuu. Tapi, uminya kata semalam dia tak meraung dah kena cuci. Tapi, dia jadi bad mood pulak sebab terasa sakit agaknya lepas lengan dia kena balut. Semalam pun dia dah start sekolah dalam hospital memandangkan macam lama je kena stay hospital tu.

Okey, update seterusnya. Sekarang aku dah takde kredit. Malas nak topup. Biarlah tak payah nak bertopup-topup sangattt. Malas aku nak bermesej-mesej. Nak berchatting-chatting pun aku malas. Haha. So, harap maklum la ye kenapa aku tak reply. MALAS! Rasa macam best pulak hidup membawa diri tanpa khabar berita. Konon.

Okey. Update yang ke-3. Sila jangan nak harap asik aku je yang nak kena faham perasaan orang lain. Pengsan la aku kalau macam gitu. Haha. Ye ye je kan sampai pengsan. Kalau taknak faham aku, kalau taknak bersabar dengan aku, sila pergi jauh-jauh. Berambusss! Senang cerita. Harap maaf, jika terkasar bahasa atau terguris rasa. Aku pun dah lama terguris-guris. Haha. Titik noktah. Jika tak paham, tak payah paham. Senang? Ye senang. Pergi main jauh-jauh. Shuuhhh!

Baiklah. Hari ni banyak kerja yang perlu dibuat. Selamat tinggal alam maya untuk hari ini. Kita akan bertemu lagi esok hari, mungkin? Mungkin. Bye bye.

Take care, manusia.

15 January 2013

Cik Kak Oii, jangan pentingkan diri boleh??

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Baiklah, hari ini aku cuma nak update cerita pasal semalam. Okey, semalam aku buat apa? Semalam aku teman kakak aku kat hospital jaga anak dia "Mat Faris". Oleh kerana tiba-tiba ada pak guard naik kat wad kanak-kanak dan kemudiannya menyuruh aku keluar sebab tak boleh 2 orang jaga pesakit katanya, maka aku pun keluar dengan hati membuak-buak rasa nak tumbuk je pak guard tu. Haih!. Ggrr..

Tapi, aku paham lah. Tu dah memang kerja dia kan. Jadi, aku pun pergi la surau sebab dah tak tahu mana nak tuju. Maka, duduk dalam surau tengok-tengok sekeliling surau sambil hati berkata-kata, "emm, kemasnya surau ni.. bagus, bagus..".. Aku pun laju je tangan pegang handphone, amek gambor.

Kemudian, masuk pula seorang wanita dengan tergesa-gesa untuk solat Zuhur. Macam mana aku tahu dia nak solat Zuhur? Hahah! Bagus punya soalan. Sebab jam time tu baru pukul 2.30 petang. Takkan dia nak solat Asar kot.. Wanita itu masuk dengan muka yang mencuka masamnya.. Aku kononnya senyum-senyum la kat wanita tu. Tapi, hampeh. Cuka jugak yang dia bagi. Haha. Okey lah tu. Daripada dia bagi jeling kan. Hati pun berkata-kata la lagi, "masamnya orang ni.. dia sedih kot mungkin suami/ anak/ sedara-mara dia sakit.."..

Okey. Kemudian, wanita tu pun pegi amek wudhuk. Amek telekong. Amek sejadah. Kali ni, tergesa-gesa lagi. Then, dia solat. Lepas solat, dengan tergesa-gesa lagi dia bukak telekong, lipat kain telekong, letak dekat rak. *Ternganga-nganga aku menengoknya*.. Kemudian, dia melipat sejadah. Jap lagi aku tunjuk macam mana dia lipat telekong dan sejadah. Start dari amek wudhuk sampai la lipat sejadah semuanya tergesa-gesa kecuali tettttt! Hah. Ada maso pulak wanita tu duk depan cermin 3,4 minit pakai tudung. Bersolek-solek. Hmmm...

Baiklah. Nampak gambor kat atas ni? Ada beza kan A dengan B? Masa mula-mula aku masuk tu A tu la yang aku amek gambar. Kemas kan?  B tu adalah telekong yang dilipat oleh wanita itu. Kain tu, dia bolot-bolot gitu je. Aku dah mula rasa tak senang hati. Geram melanda diri. Haha. *Sila lipat semula sebagaimana anda mengambilnya.* Ada faham??

Manakala gambar A pula merupakan sejadah yang dilipat oleh wanita tersebut. *Macam tak percaya je benda ni jadi depan aku. Macam kebetulan je. Mungkin nak suh aku pesan-berpesan kepada kawan-kawan semua*.. Jadi, kalau memang dah takde masa atau MALASS sangat nak melipat sejadah, letaklah elok-elok. Kasi nampak kemas sikit macam gambar di B tu! Yang A tu buruk benor cik kak oii.

Okey, point utama nak bagitau kat sini adalah, jangan pentingkan diri sendiri untuk beribadat. Apa maksudnya? Ok, anda beruntung kerana menjadi orang yang beribadat dalam surau yang kemas dan bersih. Manakala, orang seterusnya beribadat dalam surau yang dah diselerakkan oleh anda! Bagus bukan?! Apakah perasaan anda bila anda sudah penat-penat mengemas rumah, tiba-tiba orang lain selerakkan? Marah kan?!

Mungkin anda mengejar masa, tapi rasanya tak menjadi 1 kesalahan untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kekemasan surau/ masjid *tempat kita solat tu kan*.. Ya, memang akan ada cleaner yang akan cuci, kemas dan bersihkan. Tapi, apa pula tanggungjawab anda sebagai pengguna? Apa guna anda bersolat, tapi di akhirnya buat perangai macam tu.

Mungkin pada pandangan orang lain ini isu yang kecik. Suka hati koranglah! Bagi aku, benda ni tak boleh diamalkan. Aku memang pantang! Eeeii. Tak paham akuu. Jujurnya, memang aku nak tegur je wanita tu. Tapi, melihatkan air muka dia yang macam tengah bermasalah tu, tak jadi. Doa dalam hati je, moga dia sedar suatu hari nanti.

Okey. Kalau tak boleh nak tegur si pelaku, orang seterusnya yang nampak, tolonglah kemaskan telekong dan sejadah tu. Biar surau/ masjid kita kemas dan bersih. Kalau x, nanti kita jugak yang sibuk duk complaint kotorlah, busuklah, tak kemaslah, itulah, inilah. Bagi penampor sebijik baru tahu. Hahaha. *justkidding*.

Aku boleh share kat sini pasal *wanita itu* sebab aku tak kenal dia, dia tak kenal aku dan korang yang baca pun tak kenal dia. Apa yang pasti, kita satu rumpun, SEAGAMA!

P/S: Marilah bersama-sama menjaga kebersihan walau di mana jua anda berada, terutamanya tempat kita beribadat. =)

Sekian sahaja, cerita SENSASI  untuk hari ini. 


14 January 2013

Life Must Go On

Susah
Senang
Derita
Sengsara
Sakit hati
Sedih
Geram
Dendam
Marah
Kecewa
Hampa
Pedih
Perit
Susah Hati
Risau
Keliru

"Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. ♥"

Life must go on.