02 June 2014

Bukan Kecewa, Tapi ingin Ambil Peluang...

Assalamualaikum..

Hmm.. Hari ni aku pegi seminar mengenai hak dan undang-undang keluarga di Hospital Serdang. Kenapa aku pergi? Sebab aku rasa penting sebagai kaunselor untuk ada pengetahuan berkaitan hak dan undang-undang keluarga di Malaysia ni. Kalau tidak, camner aku nak nolong klien-klien nanti. Tak gitu? Haa.. begitulah..

Menarik. Sebab banyak benda baru yang aku tak tahu aku dapat tahu tadi. Antaranya, andai kata wanita diceraikan oleh suami, jangan terus lari kelaur dari rumah. NO! Incase kalau dah membahayakan nyawa, YES you can do it! Jangan keluar rumah sebab sebenarnya itu adalah hak anda sebagai wanita. Jika berlaku perceraian bekas suami yang sepatutnya keluar, bukan wanita.

Slot ke-2 paling best sebab Tuan Haji Hushim yang bagi talk. Banyak benda dia cakap pasal hal-hal rumah tangga ni. Kes-kes perceraian dekat Malaysia ni dah mencecah hampir setengah JUTA pasangan! Faktor utama: STRESS! So, kena-kena lah belajar menguruskan stress sebab kita takkan dapat lari daripada stress ni. Cuba jadikan stress tu benda yang positif.

Aku seronok pegi seminar ni sekurang-kurangnya one of my preparation untuk ke alam berkeluarga tu. Tapi.....setakat ni harapan je la..Doa je yang mampu. Sebab dah try usaha. Tapi tak tahulah.. Dah pernah kecewa, kecea dan kali ni harapnya Allah beri peluang untuk aku rasa bahagia tu.

Hopefully, kali ni dia lah orangnya.. Tapi, aku sedar diri aku ni siape je kan.. Takpe lah aku serahkan soal ni pada Allah. Bersabar je lah..

No comments:

Post a Comment