30 September 2012

B O S A N

i'M NOT OKAY!
Rasa bosan yang teramat.
Nothing to do.
I'm going crazy already.
Haha.
Bored made me emotionally unstable.
Easily heart broken.
Easily to get angry.
I don't want to talk about anything.
I fall in deep jealousy too.
Menyampah.
(~_~)

26 September 2012

Nak Jadi Ciikgguuuuu! =(

Menjadi cikgu merupakan salah satu dari cita-cita aku dari dulu lagi.
Aku dah usaha apply untuk ambil jurusan perguruan ni.
Dah pegi interview semua.
Tapi, masa tu x berapa nak cerdik lagi.
Result matrik pun teruk kalau nak dibandingkan dengan candidates lain yang datang interview.
Macam-macam la kekurangan.
Akhirnya, tak dapat jugak.
Perasaan sedih tu hanya tuhan je yang tahu.
Sampailah sekarang, bila dengar orang lain dapat jadi cikgu, mesti aku JELES!
Lagi-lagi kalau dapat tahu yang budak-budak perangai lagi teruk dari aku dapat jadi cikgu.
Huaaaa!
Mungkin aku memang tak layak untuk jadi cikgu agaknya.
Dapat jadi cikgu sekolah swasta pun aku dah gembira sangat, ;(
Tapi, hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya kan?
So, aku redha.
Aku percaya Allah dah aturkan yang lebih baik daripada apa yang aku nak.
Mungkin apa yang aku nak tu akan menjahanamkan diri, who knows?
And again: Only Allah SWT knows everything that we don't know.
Keadaan menjadi semakin tertekan bila mana banyak jawatan kosong yang dah diapply, tapi masih takde apa-apa jawapan.
Kalau ada pun cuma 3 je gitu la.
Alhamdulillah, at least ada jugak.
Sekurang-kurangnya, adalah sinar harapan sikit.
=)
Dan, soalan yang paling tak berapa disukai bila orang ramai bertanya...
"Dah keja ke? Keja kat mana?..."
Ooooh.. Sangatlah sensitif!
Malas nak jawab.
Make me feel frustrated again and again because of THAT questions!

"Wahai orang ramai yang sudi mengambil berat akan kehidupan saya, mari sama-sama bersabar dengan saya ye. InsyaAllah, saya akan dapat kerja jugak 1 hari nanti... Don't worry.."

Thanks.

25 September 2012

Menoreh Getah! ^_^

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Lately, dah tak berapa nak rajin update blog.
Hehe.
Sebab saya dah kurang masa.
Pagi saya pegi menoreh getah dengan mak.
Balik noreh, sibuk kemas-kemas rumah.
Tengok TV.
Main game.
Online search-search jawatan kosong.
Tengok-tengok tertido!
Haha.
Malam pulak, tido je.
Hoii macam sibuk sangat je.
Tett!
Sekarang ni, dah mulalah belajar menoreh.
Mula-mula, nak pegang pahat pun x reti.
Disebabkan degil, nak buat jugak!
Tengok-tengok....
Haa! Boleh pon.
Lalalala.
Syukur, alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya, ada la jugak kepandaian buat kerja-kerja kampung.
Apa yang akan berlaku pada masa akan datang kita tak tahu.
Ni kiranya macam persediaan jugaklah untuk berdikari.
Memang seriously, dalam fikiran ingat menoreh getah tu senang je.
Hah! amek kau! 
Dah la aku ni pendek, ada jugak pokok getah yang pelan die tinggi aku x sampai nak toreh.
Ohoii.
Mak gelak-gelak je.
Adehh.
Malu pun ada.
Budak keluaran universiti tak pandai menoreh getah!!
Maluu kott..
So, jangan ingat budak U dah pandai semua benda yer~
=)



22 September 2012

Beberapa Kejadian Misteri 3

Huuiii...
Banyaknya misteri?
Oho.
Ini sekadar 1 perkongsian.
Semoga kita lebih menambahkan iman di dada.

Kipas On di Offkan

Haa..
Begini ceritanya...
Ada satu pagi tu di Kolej 9 UTM Skudai...
Lepas subuh, dalam pukul 6.30 pagi macam tu, 
aku g basuh telekong.
Basuh pakai tangan je.
Basah lejut telekong aku.
Aku pun perah- perah kain telekong tu supaya kurang sikit airnya dengan harapan nanti balik kelas tengahari dah boleh guna untuk Zohor.
So, aku pun gayut la telekong tu dekat batang penyapu yang diletakkan antara 2 almari dalam bilik.
Betul- betul dekat dengan kipas.
Saja taknak sidai kat luar (di ampaian) sebab takut hujan.
Maklum sajalah cuaca tak menentu.
So, pasang kipas laju-laju speed 5.
Then, aku siap-siap nak g ke kelas. 
Kelas pukul 8 pagi pulak tu..
Sejukkkk...
Kipas laju..
Huu..
Bila dah siap- siap, aku pun menuju ke pintu bilik.
Tapi, sebelum keluar sempat lagi aku toleh ke suis lampu dan kipas.
Lampu memang dah tutup dari tadi.
"Okay, kipas memang sengaja taknak tutup. Biar la. Kang boleh jugak telekong aku kering..."
Hmph...
Waktu tu memang jelas kipas masih on.
Speed 5.
Sebab aku tak off.
Jadi, aku pun keluar dan kunci pintu bilik, pegi kelas~
Tapi, kelas abeh pukul 10 lebih.
Sebab lepas tu dah takde kelas.
Lecturer takde pulak.
Kalau tak, tengahari la aku balik bilik pulak.
Jadi, aku pun g balik kolej 9.
Singgah di arked dengan Azu dan Ayien beli makanan tengahari.
Diorang nak makan kat bilik aku.
Ok.
Dah sampai bilik.
Bukak pintu.
Aku masuk.
Ajak Ayien dengan Azu masuk.
Letak makanan kat bawah, alas dengan surat khabar.
Dalam hati kata..
"Panasnye.. Bukak kipaslah.."
Aku pun g la nak tekan suis kipas..
Terpandang speed kipas tu.
Tiba-tiba**
"Eh... kenapa speed dia 3 je.. tadi kan 5??"
Hmm..
Biarlah..
Aku pun tekan ON.
Bila dah duduk mengadap makanan,  barulah terperasan something..
Aku pun jerit!
Azuuuu!!!
Azu pun macam terkejut.
"Tadi, masa nak g kelas kite tak tutup kipas. Memang tak tutup. Sengaja. Sebab nak bagi telekong kering..."
Aku pun cepat- cepatlah rasa telekong tu.
Eh?
KERING!
Pelik.
Getah kat pinggang kain telekong tu pun
KERING!
Padahal hari tu mendung.
Bilik aku pulak memang tak menghadap matahari..
Huu..
Sebelum ni pun memang dah penah jadi.
Aku tak off, ada orang offkan.
Aku tak on, ada orang onkan.
Yang paling seram bila..
Ada satu malam tu aku tido..
Tapi tak tutup lampu..
Sebab aku takut.
Aku nak bilik aku terang!
Hahahaha..
Sebab penakut, aku akan pastikan pintu bilik dikunci.
Aku memang akan kunci bilik sebelum tido.
Kecuali kalau aku tertido tanpa sedar.
Dekat dalam pukul 6.15 pagi, aku terbangun.
Jeng! Jeng! Jeng!
Bilik i gelap tauuu...
Uuuuuu...
Dalam hati pun berkata..
"Eh? Sape pulaklah yang tutupkan lampu untuk aku ni?....."



21 September 2012

Jangan Tanya Pasal Kerja ---> STRESS


Fuuh.
Hari ni stress betul.
Stress kenapa la agaknya ye? Hu.
Aku stress setiap kali orang tanya…
“Eh, kila. Dah dapat kerja ke belum…? Haa.. Awak mintak la kat situ, mintak kat sini, and bla* bla* bla*…. Jangan malas-malas mintak.. Isi je pape borang yang ada…”
Dalam hati pun berkata….
“Sabor aje la………ggrrr”
Huhu..
Mana taknya, bukan aku tak mintak, dah banyak aku mintak.
Huu.
Tapi, belum rezeki lagi..
Sedih tau..
=(

20 September 2012

Jumpa jugak Cikgu Jijul Akhirnye~ Haha

Wah.
Sekian lama aku mencari
Akhirnya jumpa jugak Facebook Cikgu Jijul
Haha

Dulu time sekolah MZMS, mula-mula cikgu datang
aku tak suka betul.
Mesti aku mengelak
kalau nampak dia time nak training ping pong petang-petang.

Entah.
Time tu aku tak suka cikgu-cikgu lelaki yang muda-muda.
Haha.
Anti betul aku!
(Gila agaknya aku ni... hoho)

Last-last, cikgu tu jugaklah yang baik dengan aku
Tapi, tak lebih as student and teacher only yer.
Lagipun cikgu dah kahwin dan dah ada anak pun.
Alhamdulillah..
Tumpang gembiralah untuk cikgu.

Rasa lega bila dapat mintak maaf
Pasal apa?
(Biarlah rahsia....)
=)


Beberapa Kejadian Misteri 2

Assalamualaikum.
Haa. Ni kiranye macam sambungan lah kepada entry yang lalu yang bertajuk "Beberapa Kejadian Misteri"
Huhu.
Misteri ker??
Misteri la sangat bagi aku.
Hihi..

Okey, meh nak sambung cerita lagi..
Tapi, kebanyakannya berlaku di UTM.
Aku pun tak tahulah kenapa.
Hmm.

Kaki Digigit:

Wokeyy.. Time kejadian, aku tido. Masa tu dah dekat pukul 10 malam gitu lah. 
Tapi, aku tak ingat dengan spesifiknya time tu pukul berapa.
Ok.
Aku tido dengan nyenyaknya...
Suddenly!
Oucchh! Benda apa yang gigit ibu jari kaki aku ni????
Rasa dia macam rasa kena gigit dengan nyamuk, tapi ini lagi ngilu dan geli gitu.
Aku bangun. Tengok takde pun nyamuknya.
Haih. Aku pun tido balik.
Bangun keesokannya, aku dah rasa lain macam pada kaki aku.
Aku pandang bawah, tengok..............
*Kaki aku bengkak!!!*
Hadooiii...
Masa tu aku cuak dah sebab time tu sebenarnya tengah sibuk giler dengan program khidmat masyarakat sedili. 
Aku pulak jadi SU.
Wow. Ni memanglah dugaan namanya.
Dah la esok tu kena pegi meeting dengan orang-orang kat Sedili.
Aku boleh je berjalan, tapi kaki sebelah kanan ni kena diseret-seret la. 
Memang bengkak tu ngiluuu gile rasa.
Sakit pun yer jugak.
Makin lama makin bengkak.
Aku skip kelas banyak hari dalam 1 minggu tu.
(Terpaksa,)
Then, masa pergi meeting kat Sedili tu adalah sorang pegawai HEMA ni ikut kitaorang jugak.
Dari mula aku turun van tu dia asyik pandang-pandang.
Pelik agaknya, aku jalan berdencot-dencot.
Masa nak balik tu lah baru dia tanya.
"Eh, kenapa dengan kaki awak tu?"
Aku pun cakaplah.... "Bengkak."
"Eh, teruk dah ni.. Macam ni, esok pagi kalau awak nak berurut datang umah saya dekat KTC tu.. Bawaklah kawan perempuan lagi sorang teman.. Saya boleh tolong.. Saya pandai urut.."
(Lupa nak bagitahu, peagawai HEMA tu lelaki)
Aku pun terpinga-pinga.
*Boleh ke? Takpe ke? Dia kan lelaki?*
Tapi, mengenangkan keadaan kaki yang semakin membengkak aku pun terpaksalah pegi pagi esoknya ditemani Kak Jue.
Kesian Kak Jue kena bangun pagi teman aku.
So, masa g berurut tu (urut kaki je ye.. jangan pk bukan-bukan) encik tu tanya macam-macam.
"Awak ada langkah longkang tak? Lalu bawah pokok ke? G mana-mana tempat yang memang kawasan Jin bermain-main ke?" 
Aku pun terus "Errr... Takdelah pulak.. Jatuh pun takde.. Kaki terkehel pun tak.." Masa tu lupa pulak nak bagitahu yang aku rasa ada benda gigit kat ibu jari tu sebelum kaki tu bengkak.
Encik tu pun cakap la lagi....
"Erm.. Biasanya orang dapat bengkak-bengkak yang tak diketahui puncanya, dia mungkin pernah buat makhluk lain tu marah... Tapi, xyah risau la.. Insyaallah, takde pape ni" 
Then, encik tu sambung cerita lagi pasal ada budak UTM tu bengkak dekat tuut* dia pasal kencing kat pokok. Macam-macam lagi la encik tu cerita pasal benda-benda misteri ni.
Encik tu die macam nak cakap something dengan aku, tapi die tak cakap.
Die cume cakap, kaki aku ni angin.
Hmph. Pelik jugak aku.

Last sekali........
Dah siap urut-urut kaki tu,
Encik tu cakap...
"Saye pelik tengok awak ni, kalau orang lain datang berurut dengan saya konpem terjerit-jerit sebab sakit.. Baik lelaki atau perempuan.. Tapi awak ni pulak macam tak sakit pun, tapi kaki bukan main lagi bengkaknya.."
Oooh... baru aku perasan yang memang aku tak rasa sakit pun..
Time berurut tu memanglah kuat jugak encik tu tekan-tekan. Tapi, memang tak sakit.
Rasa sakit setiap kali berjalan sebelum g berurut tu lah. Habis kaki ni ha aku seret-seret.
Lepas g berurut tu, Alhamdulillah malam tu aku dah boleh g jalan ke Giant.
Secara kebetulan jumpa pulak encik tu.
Borak-borak.
Encik tu pun cakaplah...
"Dah boleh jalan dah? Cepat pulak ek..."

Hoo.. Begitulah al-kisahnya.
Tapi, aku takdelah nak cakap yang ada *benda* gigit ibu jari kaki aku tu.
Cuma, itu memang apa yang dilalui dan dirasai lah.
Sehingga bengkak dan aku terpaksa heret dan seret kaki kanan aku.
Hmm. Pape pun hakikat kejadian alam ni ketentuannya di tangan Allah SWT.
=)

to be continued....